FADILAT RAMADAN

  • 30 Ramadan 1437

    Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: "Sesiapa berpuasa Ramadan, kemudian diikuti enam (hari) dari Syawal, adalah ia umpama puasa setahun."

    (Riwayat Muslim)  

  • 29 Ramadan 1437

    Daripada Laqith bin Sobirah, dia berkata: "Aku berkata; wahai Rasulullah! Beritahulah daku mengenai wuduk? Baginda bersabda; sempurnakanlah wuduk, sela-selakan (air) antara jari-jari, hiruplah air dalam-dalam ke hidung, melainkan jika kamu berpuasa."

    (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

  • 28 Ramadan 1437

    Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: "Ada tiga orang yang tidak akan ditolak doanya; imam yang adil, orang berpuasa sehingga berbuka dan doa orang teraniaya. Allah akan mengangkatnya di bawah naungan awan pada hari kiamat, pintu-pintu langit akan dibukakan untuknya, lalu berfirman (maksudnya): Demi keagungan-Ku, sungguh Aku akan menolongmu walaupun selepas beberapa ketika."

    (Riwayat Ibnu Majah)

  • 27 Ramadan 1437

    Sabda Nabi SAW: "Sesiapa yang melakukan qiam pada malam al-Qadar kerana iman dan mengharapkan (pahala) diampuni baginya dosanya yang lalu."

    (Sahih Bukhari dan Muslim)

  • 26 Ramadan 1437

    Daripada Aisyah RA, dia berkata: "Rasulullah SAW giat (beribadat) pada Ramadan tidak seperti di bulan lain dan pada sepuluh hari terakhir, tidak seperti pada (malam) lainnya."

    (Riwayat Muslim)

  • 25 Ramadan 1437

    Daripada Abu Said al-Khudri, dia berkata: "Rasulullah SAW pernah beriktikaf pada sepuluh hari pertengahan Ramadan, Baginda beriktikaf pada tahun itu dan ketika sampai pada malam ke-21 iaitu pada malam yang pada pagi harinya Baginda keluar dari tempat iktikafnya lalu bersabda, sesiapa yang beriktikaf bersamaku, maka hendaklah beriktikaf pada sepuluh hari terakhir. Telah diperlihatkan kepadaku malam tadi tapi kemudian aku dilupakan. Aku bermimpi sujud pada pagi harinya pada air dan tanah. Kerana itu, carilah itu (Lailatul Qadar) pada sepuluh hari terakhir dan carilah pada setiap malam yang ganjil."

    (Imam Malik dalam al-Muwatta)

  • 24 Ramadan 1437

    Daripada Ibnu Abbas daripada Nabi SAW bersabda, mafhumnya: "Manfaatkanlah makan sahur untuk membantumu puasa pada siang hari dan tidur siang untuk bangun malam."

    (Riwayat Ibnu Majah)

  • 23 Ramadan 1437

    Daripada Aisyah RA, dia berkata (ertinya): "Apabila sudah memasuki sepuluh (malam terakhir Ramadan) Baginda menghidupkan malam, membangunkan keluarga dan mengetatkan sarungnya."

    (Sahih Bukhari dan Muslim)

  • 22 Ramadan 1437

    Daripada Ibnu Umar, dia berkata: "Rasulullah SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadan."

    (Sahih Bukhari dan Muslim)

  • 21 Ramadan 1437

    Daripada Aisyah RA, dia berkata: "Saya bertanya; wahai Rasulullah! Apa pendapat anda, sekiranya saya mengetahui mana satu malam Lailatul Qadar, apa yang sepatutnya saya baca saat itu? Baginda menjawab; bacalah: Ya Allah, sungguh Engkau Maha Memaafkan, Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah daku."

    (Riwayat at-Tirmidzi)

  • 20 Ramadan 1437

    Daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: "Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil dari sepuluh (malam) terakhir Ramadan."

    (Riwayat Bukhari)

  • 19 Ramadan 1437

    Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: "Puasa adalah perisai dari api neraka sebagaimana perisai seorang daripada kamu dalam perang."

    (Riwayat Ibnu Majah)

  • 18 Ramadan 1437

    Sabda Rasulullah SAW, mafhumnya: "Sesiapa melakukan qiam (malam) Ramadan kerana iman dan mengharap (pahala), nescaya dosanya yang lalu diampuni."

    (Sahih Bukhari dan Muslim

  • 17 Ramadan 1437

    Daripada Abu Said al-Khudri, dia berkata Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: "Tidaklah seorang hamba berpuasa satu hari di jalan Allah melainkan kerana (puasa) satu hari itu Allah menjauhkan wajahnya dari neraka sejauh (perjalanan) tujuh puluh tahun."

    (Sahih Bukhari dan Muslim)

  • 16 Ramadan 1437

    Daripada Amr bin As, Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: "Pembeza antara puasa kita dengan puasa ahli kitab adalah makan sahur."

    (Riwayat Muslim)

  • 15 Ramadan 1437

    Daripada Aisyah RA, dia berkata: "Pernah ketika sudah masuk fajar, Rasulullah SAW dalam keadaan junub kerana (berhubungan badan dengan) isteri Baginda. Kemudian, Baginda mandi dan berpuasa.”

    (Sahih Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

  • 14 Ramadan 1437

    Nabi SAW bersabda, mafhumnya: "Sesiapa tidak meninggalkan perkataan dusta dan mengamalkannya, maka tiada hajat bagi Allah pada meninggalkan makan dan minumnya."

    (Riwayat Bukhari)

  • 13 Ramadan 1437

    Sabda Rasulullah, mafhumnya: "Apabila seseorang antara kamu lupa, lalu makan atau minum, maka teruskan puasanya kerana sesungguhnya Allah memberinya makan dan minum."

    (Sahih Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmidzi)

  • 12 Ramadan 1437

    Daripada Muaz bin Zuhrah, dia berkata: "Saat berbuka, Nabi SAW berdoa; wahai Allah! Bagi-Mu aku berpuasa dan dengan rezeki-Mu aku berbuka."

    (Riwayat Abu Daud)

  • 11 Ramadan 1437

    Daripada Ibnu Umar, dia berkata: "Adalah Nabi SAW apabila (saat) berbuka, berkata: Hilang rasa dahaga, urat-urat basah dan pahala ditetapkan insya-Allah Taala."

    (Riwayat Abu Daud)

  • 10 Ramadan 1437

    Daripada Anas, dia berkata: "Rasulullah SAW berbuka dengan beberapa kurma muda sebelum solat. Apabila tidak ada kurma muda, maka dengan kurma setengah matang dan jika tidak ada kurma setengah matang Baginda minum beberapa teguk air."

    (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

  • 09 Ramadan 1437

    Daripada Sahl bin Sa'd, bahawa Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: "Manusia sentiasa dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka puasa."

    (Sahih Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

  • 08 Ramadan 1437

    Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: "Sesiapa memberi makan untuk berbuka orang berpuasa adalah baginya seumpama pahala mereka tanpa berkurang pahala mereka sedikit pun."

    (Riwayat Ibnu Majah)

  • 07 Ramadan 1437

    Daripada Anas, dia berkata Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: "Bersahurlah kamu kerana dalam sahur ada keberkatan."

    (Sahih Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Nasai)

  • 06 Ramadan 1437

    Sabda Nabi SAW, mafhumnya: "Apabila seorang daripada kamu berbuka, maka berbukalah dengan kurma. Namun, jika tidak ada, maka berbukalah dengan air. Ia menyucikan."

    (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

  • 05 Ramadan 1437

    Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: "Allah Azza wa Jalla berfirman; hamba-hamba-Ku yang paling Aku cintai adalah yang paling menyegerakan berbuka."

    (Riwayat Tirmidzi)

  • 04 Ramadan 1437

    Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: "Demi zat jiwaku berada di tangan-Nya. Sungguh bau mulut orang yang sedang berpuasa adalah lebih wangi di sisi Allah daripada aroma kasturi. (Allah mengatakan) dia meninggalkan syahwatnya, makannya dan minumnya kerana Aku. Puasa itu adalah untuk-Ku dan Akulah yang memberi ganjarannya. Setiap kebaikan itu diberi ganjaran dengan sepuluh gandaan hingga tujuh ratus gandaan, melainkan puasa. Itu adalah untuk-Ku dan Akulah memberi ganjarannya."

    (Riwayat Imam Malik)

  • 03 Ramadan 1437

    Rasulullah bersabda, mafhumnya: "Allah Azza wa Jalla berfirman; setiap amalan anak Adam untuknya melainkan puasa. Maka sesungguhnya ia (puasa) bagi-Ku dan Aku yang  membalasnya.
       “Dan puasa itu perisai. Maka, apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah berkata kotor dan jangan berteriak-teriak. Apabila seseorang mencelanya atau (mengajak) berkelahi, maka katakan 'bahawa aku berpuasa'.
      “Demi Zat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya (dalam kekuasaan-Nya), bau mulut orang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada aroma kasturi. Orang berpuasa memiliki dua kegembiraan yang dia sukai. Ketika berbuka, dia gembira dengan berbukanya dan ketika bertemu Rabbnya, dia gembira dengan puasanya."

    (Sahih Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmidzi)

  • 02 Ramadan 1437

    Sabda Rasulullah SAW, mafhumnya: "Sesiapa berpuasa Ramadan kerana iman dan mengharap (pahala), maka dosanya yang lau diampuni."

    (Sahih Bukhari dan Muslim)

WAKTU BERBUKA & IMSAK

NEGERI
ZON
Dibawakan oleh