UCAPAN PERANTAU

Sebak rasa bila dapat tahu tahun ni tak dapat beraya di Malaysia seperti tahun-tehun sebelumnya.. Dan lebih memeritkan bilamana hari pertama peperiksaan jatuh pada 1 syawal.. Mahu atau tidak, itulah hakikat yang perlu diterima.. Selamat menyambut bulan ramadan al-mubarak.. dan selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir batin anakanda ucapkan buat family yang amat dirindui.. sahabat dikampung yang tak pernah dilupakan.. guru-guru yang pernah mendidik (SKSST-SMABT-Maahad Johor).. kawan-kawan yang mengenali dan seluruh umat islam di Malaysia.. Semoga senyuman ini sentiasa bersama kalian menyambut lebaran disana.. Hanya doa yang anakanda harapkan disini.. Selamat menyambut bulan ramadan al-mubarak dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin dari anakanda Mohd Ridzwan Abd Rasib pelajar tahun 2 tajaan KPM jurusan Bahasa Mandarin di Beijing Foreign Studies University, Beijing China..