Telinga tahan kejap saja

M Nasir. FOTO Nasirruddin Yazid
Sofiatul Shima Wan Chik

metahad@hmetro.com.my

Setiap kali apabila tiba Syawal, lagu dendangan penyanyi dan komposer prolifik, Datuk M Nasir, Satu Hari Di Hari Raya akan menjadi pilihan stesen radio untuk diputarkan.

Mendengarkan alunan seruling pada awal lagu Satu Hari Di Hari Raya, sangat meruntun hati. Ia membuatkan perasaan menjadi bercampur baur tatkala ingin menyambut Aidilfitri.

Menjadi pilihan saban tahun sehinggakan lagu yang dibuat dalam dua versi itu menjadi sangat signifikan bagi menggambarkan perasaan umum dalam mencari pengertian hari raya.

Bertemu dengan sifu industri seni tanah air ini, baru-baru ini, Selebriti sempat berkongsi cerita dengan M Nasir membabitkan lagu yang dianggap ‘berhantu’ itu apabila tiba Syawal.

Jelasnya, lagu Satu Hari Di Hari Raya pada awal pembikinannya dibuat tanpa bunyi seruling. Muzik lagu terbabit bagaimanapun disusun semula pada awal tahun 1990-an bersempena projek khas album kompilasi album lagu raya gubahannya.


Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

© New Straits Times Press (M) Bhd