Hulubalang beraya

MARINA tidak melepaskan peluang bergambar kenangan dengan Pak Sheikh (dua dari kanan) dan 'hulubalang' Melaka yang berkunjung ke rumahnya untuk berhari raya di rumahnya di Klebang. FOTO Noor Azurin Mohd Sharif
Noor Azurin Mohd Sharif

am@hmetro.com.my

Melaka: Berpakaian seperti hulubalang pada Aidilfitri mungkin dianggap pelik, namun bagi Sheikh Abdullah Sani Kiyai Hashim, 50, busana itu fesyen pilihannya.

Katanya, berpakaian sedemikian mungkin dianggap janggal oleh masyarakat moden masa kini, namun tradisi itu diamalkannya sejak lebih 20 tahun lalu malah turut menjadi ikutan 10 anak dan anak angkatnya.

Bukan setakat mengenakan pakaian tradisional, malah adab ketika berada dalam rumah turut dijaga dan kebiasaannya, mereka duduk bersimpuh tidak ubah seperti masyarakat Melayu lama.

Malah mereka turut mempersembahkan marhaban, syair, gurindam dan berzanji dengan diiringi alunan daripada peralatan muzik dibawa bersama ke rumah yang menjadi persinggahan.

“Biar apa orang nak kata, saya memang sukakan seni Melayu kerana cantik di mata dan tidak mahu warisan nenek moyang zaman berzaman dilupakan begitu saja.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

© New Straits Times Press (M) Bhd