Trafik lebuh raya utama mula sesak [METROTV]

BERNAMA

Kuala Lumpur: Trafik bergerak perlahan di beberapa kawasan di lebuh raya utama disebabkan pertambahan kenderaan, semalam.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, setakat jam 4 petang, aliran trafik perlahan di Kedah dari Alor Setar Selatan ke Pendang, di Pulau Pinang dari Permatang Pauh ke Juru, Juru ke Tambun dan Jawi ke Bandar Baru serta Changkat Jering ke Bukit Berapit sehingga ke Terowong Menora di Perak.

“Keadaan sama dilaporkan di kawasan Ipoh Selatan menuju ke Simpang Pulai dan Gua Tempurung ke Tapah di Perak,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Menurut jurucakap itu, aliran trafik di semua laluan selatan masih terkawal dan lancar di kedua-dua arah setakat ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata, aliran trafik perlahan dari Lentang ke Bukit Tinggi di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak manakala laluan lain di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih terkawal dan lancar.

© New Straits Times Press (M) Bhd